Tuesday, December 22, 2009

Suratan

Di saat hujan gerimis
ku undang memori luka cinta kita
doaku pada penciptaku
moga diberikan cinta untukmu
kerana hatimu terguris sudah
kerana tingkah ku melukaimu

Tiada ku menduga kisah kita
bagai badai dilaut biru
hancur hatimu bermusim sudah
maafku ucap berkali ku pinta
lupakan sayang pasrahkan ku pergi
cinta kita yang dulu tidak bersatu

Sonata ku tulis kukirim untukmu
agar kau mengerti mengapa ku pergi
panggilan ku sahut kerana ku akur
tak mahuku terlanjur di jalan yang kelam
duhai kasih permata hatiku
andai bisaku putarkan waktu
tidak mungkin kita bertemu
tiada cinta untuk kau dan aku
kerana akhirnya kau akan terluka

Suratan tertulis disebalik langit
dari dia ku pohon keampunan
sekali lagi kupinta kau akur
seperti ku jua hatiku hancur
sekali lagi kupinta kau lupa
akan diriku usahlah ditanya

No comments: